Rumput laut merah Gracilaria, salah satu genus terbesar bagi spesies Rhodophyta yang mendiami pesisir pantai Sarawak. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti spesies Gracilaria menggunakan pendekatan morfologi dan untuk menilai parameter kualiti air terpilih dalam habitat Gracilaria. Tiga pensampelan lapangan dijalankan di Santubong dan Asajaya, Sarawak dari November 2013 hingga Disember 2014. Secara keseluruhannya, tiga spesies telah dikenal pasti iaitu Gracilaria changii, G. blodgettii dan G. coronopifolia, yang tersangkut pada jaringan sangkar di Santubong dan akar pokok bakau di Asajaya. Di samping itu, tiga jenis makroinvertebrata akuatik (polychaete, ketam kecil, dwicangkerang) dan spesies tunggal rumput laut merah (Acanthophora sp.) diperhatikan dalam himpunan Gracilaria. Anggaran 37% hingga 40% daripada bahagian atas sangkar di Santubong dilindungi oleh rumpai laut dan hanya 16% hingga 20% di bakau Asajaya. Kajian ini telah memberikan maklumat yang lebih baik mengenai pengenalan Gracilaria dan habitat mereka di Sarawak. Kajian masa depan yang membabitkan pengkodan DNA bagi setiap spesies juga sedang dijalankan.