Kami telah menjalankan satu siri eksperimen untuk menguji kecekapan pengiraan dua spesies burung; Corvus splendes (burung gagak) dan Acridotheres tristis (burung tiung biasa). Kedua-dua spesies telah diuji dalam pemilihan tujuh kombinasi makanan yang berbeza dengan menggunakan ulat sebagai pilihan makanan. Kami berpendapat pilihan yang betul berlaku apabila burung memilih kumpulan makanan dengan jumlah ulat yang tertinggi. Keputusan keseluruhan menunjukkan bahawa burung tiung biasa dapat mengira dengan lebih baik (161 pilihan yang tepat daripada 247 pilihan) daripada burung gagak (133 pilihan yang tepat daripada 241 pilihan). Kami berpendapat burung gagak tidak bergantung kepada kepekaan terhadap nombor semasa memilih makanan. Burung gagak kebanyakannya memilih cawan yang mempunyai pilihan makanan yang lebih banyak tetapi kami mendapati bahawa daripada tujuh kombinasi makanan, hanya satu kombinasi adalah bererti. Sebaliknya bagi burung tiung biasa pula, ia menunjukkan prestasi yang perlahan pada permulaan eksperimen tetapi semakin progresif dalam aspek pengiraan sehingga ke akhir eksperimen (empat dari tujuh kombinasi makanan adalah bererti).