Kulat endofit ditemui di dalam tumbuhan perumah tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang ketara. Dalam kajian ini, spesies Fusarium endofitik telah dipencilkan daripada akar rumput halaman (Axonopus compressus) dan sebanyak 51 pencilan telah diperolehi daripada 100 segmen akar. Berdasarkan ciri-ciri morfologi bentuk makrokonidia dan sel conidiogenus, dua spesies Fusarium telah dikenalpasti iaitu, F. oxysporum (53%) dan F. solani (47%). Kehadiran F. oxysporum dan F. solani endofitik di dalam akar rumput halaman menyumbang kepada pengetahuan mengenai taburan kedua-dua spesies Fusarium dan kepentingan akar sebagai nic endofitik spesies Fusarium