Taman Negara Pulau Pinang adalah satu-satunya kawasan di Pulau Pinang yang mempunyai populasi Helang Siput (WBSE) Haliaeetus leucogaster; bagaimanapun, tempat bersarang WBSE masih belum dikaji secara meluas. Informasi terhadap lokasi tempat bersarang WBSE adalah penting untuk kerja pemuliharaan oleh pihak berkuasa tempatan, objektif kajian ini ialah menentukan taburan tempat bersarang WBSE di hutan dipterokap pantai, Taman Negara Pulau Pinang. Tinjauan telah dijalankan daripada Disember 2007 hingga Julai 2008 dan Oktober 2008 hingga April 2009, meliputi musim membiak spesies ini (September–Julai). Tempat bersarang diperhatikan daripada sebuah bot dan tinjauan dijalankan disepanjang pinggir laut yang boleh dimasuki. Tinjauan tempat bersarang telah dijalankan selama tiga hari/sebulan daripada 0900 hingga 1500, dan tinjauan dikawasan laut Taman Negara Pulau Pinang telah dilakukan dengan menggunakan sebuah bot. Sejumlah 34 tempat sarang WBSE telah ditempatkan. Kebanyakan sarang yang diduduki (tujuh sarang) telah dijumpai di kawasan Muka Head dan Pantai Kerachut, yang menunjukkan konsentrasi kepadatan habitat yang tinggi yang diduduki oleh WBSE di Taman Negara Pulau Pinang. WBSE cenderong untuk membina sarangnya disekitar Muka Head, kerana kekerapan pusaran pada jasad air disekitar kawasan tersebut. Haiwan akuatik, seperti ular air dan ikan, dikejutkan oleh pusaran air yang timbul pada permukaan laut, dan ini membantu WBSE untuk memburu dan mendapatkan makanan. Ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan kawasan yang sesuai untuk habitat membiak WBSE. Langkah pengurusan hendaklah termasuk (1) pantauan tahunan tempat bersarang di semua kawasan Taman Negara Pulau Pinang semasa musim membiak untuk menentukan kejayaan pembiakan per masa, (2) mengenalpasti habitat kritikal atau pemilihan tempat bersarang oleh WBSE, (3) penubuhan zon penampan sekitar tempat bersarang dan habitat yang berpotensi daripada gangguan manusia, dan (4) menggalakkan kajian berterusan untuk kefahaman lebih lanjut mengenai spesies ini.