Chironomus javanus (Kieffer) dan Chironomus kiiensis Tokunaga dihuraikan semula menggunakan specimen yang dikumpul daripada sebidang sawah padi di Pulau Pinang, Malaysia. Larva hanya boleh dibezakan selepas persediaan dan pemeriksaan specimen yang teliti menggunakan mikroskop majmuk, tetapi pupanya tidak sesuai digunakan untuk membezakan antara C. javanus dan C. kiiensis. Specimen dewasa menunjukkan ciri-ciri badan dan sayap yang jelas untuk pengecaman yang cepat dan tepat.