Satu kajian lapangan telah dijalankan di dua tempat di Pulau Pinang, Malaysia semasa dua musim pembungaan mangga yang berturut-turut pada tahun 2009 untuk memastikan perubahan komposisi spesies thrips yang menyerang bunga mangga (Mangifera indica L.) di ladang yang dirawat dan tidak dirawat dengan racun serangga. Kaedah halang gerak CO2 dan pemotongan jambak bunga digunakan untuk mendapatkan spesies thrips yang berlainan dari jambak bunga mangga dan perumah rumpai masingmasing. Jambak bunga mangga dan pelbagai jenis spesies rumpai dalam dusun yang dirawat didiami oleh empat spesies thrips dari famili Thripidae; Thrips hawaiiensis (Morgan), Scirtothrips dorsalis (Hood), Frankliniella schultzei (Trybom) and Megalurothrips usitatus (Bagnall). Spesies rumpai, Mimosa pudica, Cleome rutidosperma, Echinochloa colonum, Borreria laevicaulis, Veronia cinerea dan Asystasia coromandeliana menjadi perumah tambahan kepada thrips ini. Enam spesies thrips ditemui di dusun yang tidak dirawat. Antaranya ialah Thrips palmi (Karny), Haplothrips sp. (Amyot and Serville) serta empat spesies yang ditemui di dusun yang dirawat. Huraian ringkas tentang larva untuk setiap genus disediakan.