Hepatocellular carcinoma (HCC) (ataupun kanser hati) merupakan satu daripada malignasi manusia yang paling biasa dilaporkan di dunia. Secara etiologi, HCC berhubung kait dengan jangkitan penyakit kronik hepatitis B dan C, cirrhosis dan pengambilan alkohol. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan perubahan kromosom (CA) dalam pesakit HCC menggunakan teknik trypsin G-banding. Kajian ini mungkin boleh membantu dalam pemahaman corak penyakit ini, dan untuk menilai jika perubahan kromosom ini terlibat dalam daya rentan HCC. Kajian ini telah memeriksa 51 kes HCC, dan 51 kes kawalan bebas kanser yang sama dari segi umur dan jantina, yang direkrut dari hospitalhospital di Tamil Nadu. Kes-kes HCC telah dikumpulkan mengikut umur iaitu kumpulan I (≤ 45 tahun) dan kumpulan II (≥ 46 tahun). Penghasilan penanda yang efektif untuk pengesanan HCC boleh memberi impak terhadap kesihatan awam di seluruh dunia. Subjek-subjek telah direkrut berpandukan aras serum alpha-fetoprotein (AFP), yang merupakan penanda efektif untuk HCC. Nombor perubahan kromatid [kumpulan I 13(25%) dan kumpulan II 43(84.3%)] dan CA [kumpulan I 10(19.6%) dan kumpulan II 28(54.9%)] yang lebih tinggi telah diperhatikan. Bagi kumpulan kawalan, keputusannya kontras, iaitu nombor perubahan kromatid [kumpulan I 5(9.8%) dan kumpulan II 12(23.5%)] dan CA [kumpulan I 4(7.8%) dan kumpulan II 9(17.6%)] ialah lebih kurang. Secara kesimpulannya, keputusan daripada kajian ini telah menyumbang terhadap pengesahan CA sebagai titik akhir pertengahan karsinogenesis. Disebabkan ramai orang tidak sedar tentang penyakit berbahaya ini, kajian ini akan membantu meningkatkan tahap kesedaran tentang kanser ini.