Pelbagai aspek kejayaan dalam pembiakan Garcinia atroviridis Griff. telah dikaji. Eksperimen pendebungaan terkawal telah dijalankan di dalam sebuah kebun di wilayah Songkhla, selatan Thailand, dari Februari hingga Julai 2003. Kelanjutan usia bagi bunga, reseptiviti stigma dan keboleh hidupan debunga telah diperiksa sebelum eksperimen dijalankan. Tiada perbezaan yang signifikan dalam set buah awal antara tiga jenis rawatan pendebungaan, iaitu pendebungaan terbuka, pendebungaan dibeg dan manual, dan dibeg tanpa pendebungaan (apogami). Walau bagaimanapun, pendebungaan dibeg dan manual telah menghasilkan kadar jatuh buah yang jauh lebih signifikan daripada apogami dan pendebungaan semulajadi, yang dikesan satu minggu selepas bunga-bunga tersebut telah didebungakan. Rawatan apogami mempunyai kadar jatuh buah yang lebih besar berbanding pendebungaan semulajadi dan manual sebelum buah masak. Dalam pada itu, kebolehan membuah serta saiz buah didapati kurang dalam bunga-bunga yang dibeg tanpa pendebungaan, berbanding dengan bunga-bunga pendebungaan semulajadi dan pendebungaan silang. Walaupun buah daripada bunga-bunga yang tidak didebungakan boleh menjalani pembentukan benih secara aseksual, buah-buah ini menghasilkan nombor purata benih yang kurang, dan kualiti benih yang teruk dan kurang memuaskan (didefinasikan sebagai berat bersih purata dan kadar percambahan) berbanding dengan rawatan-rawatan yang lain. Pembiakan aseksual dan seksual juga dikaji menggunakan analisis Random Amplification of Polymorphic DNA (RAPD) dan melalui pembezaan corakcorak jalur yang dihasilkan daripada DNA yang diekstrak daripada baka buah yang melakukan pendebungaan silang secara semula jadi. Secara purata, 58% daripada baka tersebut mempunyai konstitusi genetik yang sama dengan induk (dari 36%–87%), yang menunjukkan ada di antara baka dihasilkan tanpa penyuburan. Penemuan ini mencadangkan bahawa apomisis fakultatif telah berlaku dalam populasi yang dikaji. Walaubagaimanapun, suatu residual seksual adalah penting untuk penghasilan buah, saiz buah, set biji benih normal dan kualiti benih.