Helopeltis antonii merupakan salah satu serangga perosak utama pada pokok gajus (Anacardium occidentale L.) yang boleh menyebabkan kerosakan pada pokok tersebut. Perkembangan populasi H. antonii dipengaruhi oleh kesuburan dan kadar kesuburan telur-telurnya. Pengaruh persenyawaan keatas kesuburan dan kadar kesuburan telur H. antonii telah dikaji. Penyelidikan telah dijalankan di makmal Perkhidmatan ladang daerah Ngadirojo, Wonogiri, Indonesia untuk mengkaji kematangan seksual serangga betina dan jantan, pengaruh nisbah jantina keatas kesuburan telur dan kepanjangan umur betina, dan pengaruh kekerapan persenyawaan keatas kesuburan telur dan penetasan telur. Hasil kajian menunjukkan bahawa betina dan jantan H. antonii bersedia untuk melakukan persenyawaan pada umur dua hari. Jumlah telur yang dikeluarkan dan kepanjangan umur betina tidak dipengaruhi oleh nisbah jantina, tetapi nisbah jantina 2:1 dan 1:2 cenderung menghasilkan lebih banyak telur. Kesuburan betina tidak dipengaruhi oleh jumlah persenyawaan. Betina yang tidak disenyawakan menghasilkan kurang bilangan telur berbanding betina yang berpasangan dengan jantan yang matang. Kajian ini menunjukkan betina memerlukan persenyawaan untuk menghasilkan telur yang subur.