Masa untuk menjadi kenyang dan kadar pemangsaan dikaji untuk spesies ikan hiasan, Betta splendens, dari aspek berat badan, jenis makanan dan jantina. Masa untuk kenyang meningkat apabila berat badan meningkat. Masa yang minimum untuk memberi makan iaitu 13 min, cukup untuk ikan dalam kumpulan berat badan yang terendah (0.025 g) dan yang maksimum ialah 41–45 min untuk ikan dalam kumpulan berat badan yang tertinggi (1.52 g). Jumlah dan berat organisma mangsa yang maksimum telah dimakan pada 10 min yang pertama semasa makanan diberi dan beransur-ansur turun pada setiap 10 min kemudian, dalam semua kelas berat B. splendens. Kadar pemangsaan adalah paling tinggi (84 mg g–1 ikan hidup) dalam kumpulan berat badan terendah dan paling rendah (18 mg g–1 ikan hidup) dalam kumpulan berat badan tertinggi. Kadar pemangsaan yang tinggi mungkin disebabkan ikan menjadi kenyang dengan cepat dalam kumpulan berat badan terendah. Ikan yang memakan larva Chironomus dan Culex pipiens dan Artemia sp. kenyang dalam jangkamasa 17, 27 dan 40–45 min masingmasing. Ikan jantan dan betina B. splendens yang dibela berasingan, memakan jumlah dan berat organisma mangsa yang lebih besar, dan kenyang lebih cepat daripada yang dibela bersama dalam satu akuarium. Ikan B. splendens jantan meregang sirip kaudal dan meggigit ikan betina yang telah mengurangkan jumlah mangsa yang telah dimakan bagi kedua-dua ikan jantan dan betina yang dibela bersama.